Ahad, 27 September 2015

Ini lah gambar hiasan yang paling aku minat.....






Ini lah gambar kehidupan laut ingin aku lihat selama ini dengan mata sendiri..Walaupun tak dapat lihat dengan mata sendiri tapi saya akan pergi ke laut dan lihat sendiri dengan mata sendiri dan itu azam aku yang aku pegang.....
Lautan merupakan habitat terbesar di bumi. Dibalik selubung kebiruannya, masih tersimpan banyak rahsia yang belum terungkap.Hingga kini sebahagian besar kehidupan di laut dalam belum benar-benar diketahui.
Secara umum, kawasan perairan laut yang luas ini dikumpulkan dalam lima bahagian. Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan India, LautSelatan, dan Laut Artik. Kerana itu tipelogi kehidupan laut berdasarkan pembagian areanya dikumpulkan dalam lima bahagian ini.
Terlepas dari klasifikasi, lihat kehidupan di lautan memang tak kalah menarik berbanding kehidupan di tanah besar. Bahkan kehidupan di lautan lebih kompleks, lebih variatif, dan lebih tertutup. Dari kawasan pantai, lautan cetek, selat, teluk, sehingga lautan dalam, lautan luas, bahkan palung-palung laut.
Struktur lantai lautan juga bergunung-gunung, berlembah, dan berpalung. Semuanya punya sistem kehidupan sendiri-sendiri yang sangat variatif dan berbeza-beza. Bergantung tahap kedalaman air, kemampuan sinar matahari menembusi laut, suhu, iklim, dan aliran air.
Zon Laut 
Paul Bennet dalam The Natural World - Under The Ocean, memaparkan bahawa para saintis telah membahagikan lautan menjadi lapisan atau zon yang jelas. Ada kawasan yang disebut perairan cetek, zon twilight, lautan dalam.
Bahagian laut yang terdekat dengan kehidupan daratan adalah perairan cetek iaitu wilayah laut yang berdekatan dengan tepi pantai. Zon ini mendapat limpahan cahaya matahari yang berkecukupan. Kehidupan di zon ini sangat berbeza-beza dan tempat yang paling disukai ikan-ikan yang kita kenal.
Setelah perairan cetek zon berikutnya adalah zon twilight. Iaitu kawasan perairan yang masih boleh ditembusi matahari walau tak "semewah" perairan cetek. Zon ini boleh dikatakan batas jangkauan matahari mampu menembusi lapisan lautan. Kerana itu kehidupan di sini mulai sedikit, namun masih boleh didiami jenis-jenis bunga karang. Ikan bersaiz besar juga suka berada di antara zon twilight ini atau terapung di permukaanlaut dalam.
Zon lautan yang paling gelap dan sejuk adalah laut dalam (termasuk palung laut). Masih sedikit sekali yang diketahui tentang kehidupan di zon ini.
Gelap pekat 
Lautan dalam adalah zon yang paling misteri dan sangat tidak ramah.Suasanananya seram, gelap, pekat. Kegelapan adalah hampir sama dengan lubang gua terdalam di bumi.
Kegelapan abadi di laut dalam berlaku kerana sinar matahri tak boleh menembus keluar. Cahaya "kehidupan" itu hanya boleh mencapai kedalaman 1.000 meter. Ini berpengaruh pula pada suhu yang sangat sejuk dan tekanan air yang luar biasa besar.
Begitu pun, kajian terkini menunjukkan bahawa di zon ini pun masih juga dihuni makhluk hidup. Haiwan-haiwan laut dalam ini adalah makhluk istimewa yang punya adaptasi khusus dengan persekitarannya yang sangat ektrim dan keras.
Biasanya haiwan-haiwan laut dalam ini punya kemampuan mengeluarkan cahaya, warna-warni indah di kegelapan. Bentuk-bentuk haiwan laut dalam ini juga sangat aneh dan tidak lazim seperti kehidupan di dua zon yang mendapat sinar mentari.
Beberapa spesies yang sudah dikenali dari lautan hitam yang sejuk ini seperti obor-obor kaca, ikan pengail (angler fish), belut penelan, ikan tripod (tripod fish), ikan ekor tikus.